BagaN pInanG N31

>> Friday, September 18, 2009

hari ini, bicara kalam akan berkisarkan tentang politik malaysia. 11 oktober ini, akan diadakan satu lagi pilihanraya kecil n31, Bagan pinang,Negeri Sembilan. Seperti biasa, inilah situasi yang akan berlaku dalam arena politik sekarang. Apabila matinya seorang ahli politik, perkara pertama yang diutamakan ialah, Dun atau Parlimen mane kosong?dapat ambik balik x kerusi 2?bila pilihanraya??inilah senario kurang sihat yg berlaku dalam arena politik sekarang. Kalau anak berebut harta pusaka seorang ayah, orang akan berkata, sabarlah, kubur ayah kau 2 merah lagi...tetapi, ahli politik akan cepat2 berebut kerusi dun atau parlimen yang kosong meskipun jenazah belum disemadikan.Inikah yang dikatakan politik sihat??memang perlembagaan pilihanraya mengatakan adun atau ahli parlimen yang mati perlu diganti, tetapi bagilah penghormatan bagi si mati dahulu barulah dicanangkan pilihanraya kecil.

Melihat kepada rekod, Pakatan Rakyat begitu gah dengan prestasi mereka yang menang semua pilihan raya kecil di semenanjung dan inilah masa sebenar untuk menilai keupayaan sebenar pakatan rakyat. Bagi pimpinan kerajaan, harus diingat bahawa Pas pernah merampas Kerusi Bn pada pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu dan tidak mustahil sejarah mungkin berulang. Apapun keputusan pilihanraya itu, "pedang tumpul" mengharapkan media massa agar tidak memburukkan mana-mana pihak agar kita dapat menilai sendiri kekuatan sebenar jentera parti yang bertanding.

Bicara Aur ingin berkonsi keyakinan Ketua Pemuda UMno untuk mempertahankan kerusi Dun Bagan Pinang dan sama2 kita baca kenyataan beliau selepas 11 oktober ini. Apakah yang akan diomongkan nanti.

"Ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua, tiga hari lalu di Bagan Pinang yang kurang sambutan, memberikan gambaran bahawa sokongan kepada BN masih lagi di tahap yang kuat, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Namun, katanya, BN tidak akan mengambil mudah persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN tersebut pada 11 Oktober ini, meskipun sudah ada petanda awal bahawa usaha parti pembangkang untuk menawannya, tidak akan berhasil.

Katanya, BN yakin akan terus mendapat sokongan padu pengundi di kawasan tersebut selepas kempen awal parti pembangkang di situ baru-baru ini tidak mendapat sambutan."

*selanjutnya di SINI*

1 comments:

Anonymous September 19, 2009 at 4:26 PM  

kecemerlanagn PR akan goncangkan pimpinan dato najib n muhyidin...sama2 kita tunggu pertarungan seterusnya..

  © Free Blogger Templates Selamat Hari Raya Aidilfitri by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP