Poco-Poco amalan Kristian ???

>> Saturday, September 12, 2009

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia . Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

4 comments:

+wiDaD ^ nEmeSiS+ September 13, 2009 at 7:15 AM  


salam ziarah..

syukran ya rafiq krn membongkar kehalusan seni tari poco2 ini. sungguh, mereka yang beragama kristian tidak akan pernah berhenti menyesatkan anak cucu adam.

teruskan usaha suci dalam menyebarkan kebenaran.
semoga sentiasa bernaung di bawah rahmatNya.

PeDang TumPul September 14, 2009 at 9:54 AM  

to widad, same2...sudah menjadi lumrah untuk kita dedahkan apa yang tidak betul..bukan nk burukkan mana pihak, tp sekadar memberi kebenaran

BFH 6261 September 18, 2009 at 10:03 AM  

betul...
pagi2 tu...
baik solat sunat je.
sihatkann badan, dapat pahala.

PeDang TumPul September 18, 2009 at 11:43 PM  

itulah riadah paling baik untuk umat islam kita ni...

  © Free Blogger Templates Selamat Hari Raya Aidilfitri by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP